Thursday 10 December 2009

Pengenalan dan tujuan program

Pelajar di Management & Science University terdiri daripada pelbagai latar belakang. Oleh itu, khidmat nasihat yang menyeluruh sepanjang pengajian mereka dalam Program masing-masing amat diperlukan. Sehubungan itu, pihak pengurusan Management & science university telah menyediakan Program Mentor Mentee untuk membantu pelajar semasa mengikuti program ini. Sepanjang pengajian, di bawah program ini setiap pelajar (mentee) akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang terdiri daripada tenaga pengajar di Management & Science University.


Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi. Selain itu pada setiap hari rabu, telah dijadualkan satu perjumpaan diantara mentor dan para mentee bagi mengisi aktiviti yang telah disediakan sepanjang semester tersebut. Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.


Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan mentor.

No comments:

Post a Comment