Thursday 10 December 2009

Pengenalan dan tujuan program

Pelajar di Management & Science University terdiri daripada pelbagai latar belakang. Oleh itu, khidmat nasihat yang menyeluruh sepanjang pengajian mereka dalam Program masing-masing amat diperlukan. Sehubungan itu, pihak pengurusan Management & science university telah menyediakan Program Mentor Mentee untuk membantu pelajar semasa mengikuti program ini. Sepanjang pengajian, di bawah program ini setiap pelajar (mentee) akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang terdiri daripada tenaga pengajar di Management & Science University.


Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi. Selain itu pada setiap hari rabu, telah dijadualkan satu perjumpaan diantara mentor dan para mentee bagi mengisi aktiviti yang telah disediakan sepanjang semester tersebut. Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.


Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan mentor.

Monday 30 November 2009

Definasi perkataan "Mentor" & "Mentee"

MENTOR

Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.

MENTEE

Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.


Wednesday 25 November 2009

mukaddimah

Assalamualaikum & salam sejahtera.

terlebih dahulu ucapan terima kasih diberikan kepada mentor iaitu ustaz herzali yang telah memberi tanggungjawab ini kepada saya bagi mengisi ruangan ini yang juga merupakan satu ruangan untuk kita semua. diharapkan blog Mentor-Mentee ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk dikongsikan bersama, khasnya kepada semua mentee Ustaz Herzali.

Objektif utama pembentukan blog ini adalah bagi merencana dan mengisi setiap program-program yang dijalankan sepanjang program mentor-mentee ini berlangsung. selain itu, blog ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu platform bagi para mentee untuk menghasilkan artikel yang bebas tetapi haruslah berkonsepkan ilmiah. sehubungan itu, kepada semua mentee yang berminat untuk menghasilkan artikel untuk diterbitkan dalam blog ini boleh berhubung melalui saya dan kerjasama dari para mentee untuk menghasilkan entry untuk blog ini adalah sangat dialu-alukan.

Semoga atas kerjasama dari mentor dan juga mentee, segala program yang direncanakan sepanjang semester ini dapat dijalankan dengan jayanya. Akhir sekali dari saya, semoga kita semua akan mendapat manfaat melalui aktiviti mentoring yang dianjurkan ini. Insyaallah.

sekian. wassalam.


by,
nurul hidayati